Sunday, March 20, 2011

NENEK !

Assalamualaikum , hohoho . .

Hari ni genap lahh 2 bulan pemergian nenek ku yg tersayang ~ pada 20 jan / 16 safar lepas jam 0100 a.m . pemergian dia sehingga saat ini meninggalkan impak yg cukup besar ke atas diriku & keluarga . sehingga saat ini apabila ak teringat tentang dia , ak seperti tidak dapat menerima kenyataan yg dia telah pergi meninggalkan kami semua . cuba imagine dia telah menjaga ak sejak ak lahir lg & sehingga ak mencecah umur 17 tahun ! Allah S.W.T maha kuasa , ampunilah ak kerana masih belum dapat menerima kenyataan itu sepenuhnya ~ dari ak sekecil-kecil tapak tangan dia telah mengajar ak tentang kehidupan ; belajar mengaji , menghafal Quran , membaca & menulis ABC , mengenal nombor & jam ~ Ya Allah , betapa besar pengorbanan dia yg sanggup menjaga ak & adik-beradik yg lain ketika pemergian parents kami ke pejabat . sesungguhnya budi nenek ku ini takkan dapat ak balas sampai bila-bila . belum sempat ak berbakti padanya , dia telah dulu pergi meninggalkan ak . SEDIH tak terhingga ! ! masih ak ingat after dia meninggal , 2 malam berturut-turut ak tak mampu nak tidur sampai ak hampir sahaja pengsan ~ haha . syakira .. syakira ..

Kini ak masih juga belum mampu untuk bangkit , segenap ruang dalam rumah ak masih terbayang-bayang kehadirannya ; di dapur , ruang tamu , halaman rumah , bilikny & tempat-tempat yg selalu menjadi portny di waktu petang . kadang-kadang ketika mandi pun ak masih boleh teringatkan dia , sabun yg dia biasa guna , berus gigi miliknya & ak masih terbayang-bayang keadaannya ketika ak mandikan dia waktu dia sakit dulu . *berhentilah air mata , huhu .

Al kisahnya 5 tahun sebelum dia meninggal , doktor peribanya telah mengesahkan bahawa dia telah menghidap kanser lymphatic . dia selalu membuat pemeriksaan kesihatan after that . mse ak form3 dia telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tuu . then , dia kembali sihat seperti sedia kala tp sayangnya after raya puasa tahun lepas dia disahkan kembali menghidap penyakit yg sama . after tuu nenek
dah letih nak buat rawatan kimo & dia cuma mengambil rawatan luar , makan ubat yg dibekalkan and berdoa serta berserah pada Allah S.W.T . siapa sangka dia yg kuat semangat akhirnya menjadi semakin lemah akibat serangan kanser tuu .  * haa , stop from dropping my tears ~ & akhirnya dia pergi jua meninggalkan ak di sini .

p/s : pada petang hari sebelum dia meninggal yakni selepas dia selesai mandi & sebelum dia solat zohor , dia ad meninggalkan pesan atau lebih tepat wasiat lah . dia pesan ; "kakak , nenek tak dop duit nak bagi tp nenek cuma boleh pesan jangan sesekali tinggal solat 5 waktu ( kecuali uzur ) , kalau boleh baca Quran setiap hari 1pipi pun dah cukup asalkan baca & bacalah Yasiin kalau teringat and rindu at nenek" and before dia cakap ayat nih dia cakap at ak ; "nenek rasa macam nak mati dah kakak" .

MOOD : SEDIH !

haha , walaupun begitu ak tetap akan cuba untuk berubah menjadi yg lebih baik ! ! gambate syakira ! !
sesungguhnya Allah dah tetap an disebalik setiap kejadian pasti ada hikmahnya .

p/s II : dua hari lg nak amik result spm , sayangnya dia tak sempat nak tengok sama ada keputusan ak baik o sebaliknya . harap-harap ak akan berjaya ! Ya Allah , berilah kejayaan kepadaku dalam peperiksaan spm ini . izinkan ak menggembirakan & membanggakan kedua ibu bapa ku , ahli keluarga ku , sahabat-sahabat ku , guru-guru ku & orang-orang yang berada disekeliling ku Ya Allah . dan janganlah kau jadikan ak seorang yg riak , takabur serta bangga diri setelah mencapai kejayaan & nikmat dariMu . Aminn .

                     ni at perak , mse otw nak balik klate .
                             DALAM KENANGAN
                        p/s III : dia daa sakit waktu nih ..

May Allah bless ,
14:43 .. NS

No comments:

Post a Comment